Tatacara Bayaran Caruman SIP (EIS)

    1. Untuk membuat bayaran caruman SIP, sila muat turun Lampiran_1.
      Bagi pengguna yang telah mempunyai ID Portal ASSIST, sila . Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Portal ASSIST, sila layari laman web perkeso.

    2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam Lampiran 1.

    3. Email Lampiran 1 ke carumanSIP@perkeso.gov.my dengan menggunakan tajuk seperti berikut: Caruman SIP: Nama Majikan – Kod Majikan – Bulan / Tahun Caruman
      Contoh :
      Caruman SIP: ABCDE SDN. BHD. – A3100001237X – 01/2018

    4. Sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah seperti di Lampiran 1. Sila pastikan butiran cek, kiriman wang atau wang pos adalah lengkap seperti berikut:

      a. Bertarikh dalam tempoh sah laku;

      b. Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO;

      c. Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;

      d. Telah ditandatangani;

      e. Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;

      f. Nama, Nombor Kod Majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di belakang cek, kiriman wang atau wang pos;

      g. Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar; dan

      h. Sila guna hanya satu medium bayaran bagi setiap satu transaksi.

    5. Sila ke Pejabat PERKESO berdekatan dengan membawa :

      a. cek, kiriman wang atau wang pos; dan

      b. cetakan bukti penghantaran email seperti di Para 3.

    6. Pejabat PERKESO akan mengeluarkan Slip Akuan Terimaan Bayaran Caruman SIP kepada majikan.

    7. Pembayaran melalui kaunter bank, perbankan internet, FPX dan Electronic Fund Transfer (EFT) TIDAK DIBENARKAN buat sementara waktu.

Sila merujuk penerangan video di bawah mengenai tatacara pembayaran caruman SIP PERKESO.

 

Source from: Employment Insurance System

Advertisements